Wednesday, July 14, 2021

BBM3410-VIDEO SERAM-2021

BBM3410-VIDEO SERAM


Shhhhh..jangan pandang belakang.. Ok neh video last yang saya rakam tau. Video seram. Fuhhhhhh...

Rakaman video yang bagi saya memberi banyak kesan kepada anak-anak😂 Selepas merakam video ini, anak-anak semua jadi takut. Hahahahaha. Ya la, mama paksa opah jadi hantu. Khayra pun memainkan peranan. Adoi..salah mama juga kan..😅

Tapi dah nama pun video seram kan. Harap-harap perasaan takut ini tidak terus membayangi mereka. Maafkan mama ye anak-anak. 

So dalam video ini, kerjasama saya dengan anak sulong, Sarah. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar walaupun semasa rakaman anak-anak yang lain tidak mahu beri kerjasama sebab rumah di gelapkan untuk sementara. 

Video ini berkisarkan, dua orang sahabat baik menjejaki rumah yang telah lama di tinggalkan. Namun semasa mereka berada di dalam rumah itu , berlaku banyak perkara yang menyeramkan.

Seperti biasa lah, yang merakam adalah kakak Sarah dengan menggunakan telefon bimbit Reedmi Note 8 Mama jadi hantu yang melambai di tingkap atas. Perasan tak?Hehehehehehhe..👻




Kredit

Pensyarah : Prof Dr Normaliza Abd Rahim

Pelakon 1 : Sarah

Pelakon 2 : Mak Dashimah

Pelakon 3 : Khayra

Pelakon 4 : Siti Faliza

Music latar : effect seram

Link youtube : https://studio.youtube.com/video/5BUp6QPcuLs/edit

youtube : Faliza 84




BBM3410-VIDEO ONE SHOT TWO LAYER-2021

Selamat malam....

Ok, ini video one shot two layer. Teknik video ini mempunyai dua scene dalam masa yang sama dalam satu frame video tu. Sebagai contoh, seorang menyanyi di hadapan dan di belakang terdapat scene berlakon. Seperti video-video yang lain juga, video ini turut mempunyai banyak cabaran untuk mendapatkan two layer. 

Pada asalnya saya dah pun merakam lagu bertajuk 'Mendua' nyanyian Ashrid. Tapi baru teringat, Prof hanya membenarkan lagu Melayu sahaja. Lagu seberang tak boleh. Hahaha. Jadi, saya memilih lagu Ella sebab lagu ini juga antara yang saya akan menyumbang kalau pergi karaoke. Walaupun suara sumbang kan, nak jugak menyanyi. Kikikiki. 😂

Jadi, menggunakan siapa saja yang berada di rumah dan sudah tentu, anak bongsu yang paling sporting. Alhamdulillah..Semoga video ini memenuhi kehendak kursus. Oh seperti biasa, jurukamera mama sudah pastinya kakak sarah. Dengan hanya menggunakan telefon bimbit Redmi Note 8. Hehehe.



Kredit 

Pensyarah : Prof Dr Normaliza Abd Rahim

Pelakon kanak-kanak : Khayra

Lagu : Sepi Sekuntum Mawar merah

Penyanyi asal : Ella

Life Records Malaysia

Link  youtube : https://www.youtube.com/watch?v=u2Yw-45UXqE

Youtube : Faliza 84


BBM3410- VIDEO ONE SHOT ONE LAYER - 2021

BBM3410- VIDEO ONE SHOT ONE LAYER 


Hi, ok kali neh video one shot one layer. Video ini memerlukan saya untuk melakukan 'miming' mengikut lagu yang dipilih tanpa ada penari atau pelakon tambahan. Fuhhhh..berpeluh ketiak orang cakap. Ahahhahaha.. Pada asalnya nak ambil video dari atas tangga. Tapi macam tak sesuai. Jenuh cari 'port' nak rakam video tau.😆

Ini pun entah berapa kali rekod pun tak tahu lah. Hahahahah. Padahal kalau kat rumah dok karaoke lagu neh pun mesti terselit. Tapi bila kena rekod miming, terus tak ngam. 😅Harap terhibur. 




Kredit

Pensyarah : Prof Dr Normaliza Abd Rahim

Lagu : Kucu Kuca

Penyanyi asal : Lia Aziz

Ciptaan : Ejai Azarra & Afiez Azam

Publisher : MVM Production Sdn Bhd

Studi : Rusa Studio

Link youtube : https://youtu.be/Xwc4FiqA7AA

Youtube : Faliza 84



BBM3410-VIDEO SETEMPAT-2021

BBM3410-VIDEO SETEMPAT-2021


Hai hai hai..

Berjumpa lagi kita eh. Kali neh dengan video setempt pulak. Apa yang dimaksudkan video setempat?Haaa.. video setempat adalah video yang dirakam oleh seseorang tanpa pergerakkan badan. Yang bergerak hanya lah kamera atau telefon bimbit. pendek cerita, hanya tangan yang memegang kamera atau telefon bimbit sahaja yang bergerak-gerak.

Jadi seperti biasa, memandangkan sepanjang tempoh PKP ini, saya dan anak-anak 'sangkut' di sini, jadinya video setempat ini dilakukan di perkarangan rumah mak di Taiping saja. Saya telah merakam ragam anak-anak yang bermain basikal di rumah. Pelbagai reaksi daripada mereka. Pening kepala mama pada mulanya untuk mendapatkan kerjasama mereka😂

Saya hanya menggunakan telefon bimbit berjenama Oppo A12. 




Kredit 

Pensyarah : Prof Dr Normaliza Abd Rahim

Pelakon kanak-kanak : Rafiq dan Khayra

Lagu Latar : Kids background music

Link Youtube : https://youtu.be/KIsrr4nkhsw

Youtube : Faliza 84

BBM3410- VIDEO TEMUBUAL - 2021


  BBM3410- VIDEO TEMUBUAL - 2021                                        


                                      بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Pertama sekali saya ingin berterima kasih kepada sahabat baik saya, Pn Nurlaila Liyana kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk di temubual bagi memenuhi kehendak kursus ini. Perancangan asal, video dirakam dengan menggunakan aplikasi Zoom atau Google Meet . Namun, berlaku sedikit masalah yang mana, video tidak di rekod. Tidak tahu apa puncanya. Berpeluh-peluh dah malam tu sebab ya la kan, kita dah minta tolong orang. Tapi tiba-tiba pulak berlaku masalah teknikal. 😅

Jadi, setelah perbincangan dibuat dan keputusan dah dibuat maka, saya meminta pertolongan anak sulung iaitu Sarah untuk merekod saja video ini dengan menggunakan telefon bimbitnya. Alhamdulillah. Problem is solved orang putih cakap. 😆Maaf lah sebab kualiti video ini tidak yang seperti dijangka.







Kredit

Pensyarah : Prof Dr Normaliza Abd Rahim

Tajuk temubual : Wanita Hebat

Tetamu jemputan : Pn Nurlaila Liyana

Jurukamera : Sarah

Pensyarah : Prof Dr Normaliza Abd Rahim

 Link youtube : https://youtu.be/NDCWFx9Uy0Q

Youtube : Faliza 84



BBM3410-VIDEO TRAGEDI-2021


BBM3410-VIDEO TRAGEDI

Hai Assalamualaikum..

Ok, video tragedi ini memang banyak tragedi. 😅Perancangan asal adalah ingin menggunakan anak lelaki sebagai watak kanak-kanak yang seringkali di marahi ibunya. Namun, tidak mendapat kerjasama. Jadi terpaksa bertukar kepada anak bongsu. Itupun di rekod secara paksa. Haih..jenuh mama nak hasilkan video ini tau. Khayra pun taknak bagi kerjasama walhal sebelum tu dah janji nak tolong mama. Anak oh anak..!😆

Pengajaran dalam video ini, supaya hargai setiap amanah yang Allah hadirkan. Supaya kelak tidak menyesal di satu hari.

Video ini dirakam oleh anak sulung yang sering kali menjadi tulang belakang mama dalam menghasilkan video. Hahahaha. Terima kasih kakak Sarah. Kakak Sarah rakam menggunakan telefon bimbitnya iaitu Redmi Note 8 




Kredit

Pensyarah : Prof Dr Normaliza Abd Rahim

Pelakon kanak-kanak : Nur Khayra Raisha

Jurukamera : Sarah

Penyunting : Siti Faliza

Lagu latar : Instrumental Rapuh

Penyanyi asal : Opick

Link youtube : https://youtu.be/rrf9-LOT_hU

Youtube : Faliza 84

BBM3410-VIDEO FOKUS-2021

BBM3410- VIDEO FOKUS


Haaa.. Hai semua.. Berjumpa lagi. 

Kali ini saya akan bagi link untuk video fokus. Mesti ramai yang tertanya-tanya apa yang di maksudkan dengan video fokus. Video fokus juga digelar sebagai video tanpa wajah. Video ini merujuk kepada memberi tumpuan terhadap satu-satu benda atau anggota badan seseorang. Video fokus juga mempunyai jalan cerita yang akan membuatkan penonton berfikir. Video Fokus sangat penting dalam memberikan ruang pemahaman jalan cerita yang ingin disampaikan. 


Jadi video yang dirakam oleh saya ini berkisarkan tentang anak-anak yang meminta untuk membelikan tuala mandi yang baru. Ye lah kan.. Tuala lama dah koyak rabak. 😆Alhamdulillah, anak-anak terima dan bersyukur dengan apa yang mama belikan

Video ini juga saya rakam hanya menggunakan teleofn bimbit jenama Oppo A12.





Kredit

Pensyarah : Prof Dr Normaliza Abd Rahim

Pelakon : Sarah dan Qisya

Prop : Tuala Mamasab

Jurukamera : Siti Faliza

Penyunting : Siti Faliza

Latar musik : Instrumen viva video

Link youtube : https://youtu.be/17MWTkVLKrA

Youtube : Faliza 84

BBM3410-VIDEO DOKUMENTARI -2021

BBM3410-VIDEO DOKUMENTARI


Selamat petang korang semua... hai hai hai..

Ok lah post kali ini tentang video dokumentari.Sebenarnya, saya tidak mempunyai idea untuk melakukan video ini. Namun setelah merujuk kepada video kawan-kawan yang lain , saya mengambil pendekatan untuk membuat video tentang Khasiat Minyak Aloe Vera. 

Tidak terlalu banyak masalah ketika pembikinan video ini. Cuma, mungkin tempat tidak sesuai kerana ruang di rumah mak sangat terhad. Di tambah pula dengan suasana yang bising oleh anak-anak. Ye lah kan, PKP. Semua ada di rumah. Bergaduh setiap masa itu perkara biasa.. Huhuhuhu. Jadi untuk mendapatkan video yang tiada bunyi latar di belakang, berapa kali rakam pun entah lah. Cabaran mak-mak yang sambung belajar ye. Gini la...Kahkahkah😂

Video ini dirakam oleh saya sendiri dengan menggunakan telefon bimbit Oppo A12. 





Kredit :

Pensyarah : Prof Dr Normaliza Abd Rahim

Tajuk Video : Apa itu minyak zaitun dan khasiatnya

Jurukamera : Siti Faliza(Kamera hadapan) 

Penyunting :  Siti Faliza 

Bahan  : Naturel Pure Olive Oil & Minyak zaitun Syurah

Aplikasi : Capcut

Link youtube : https://youtu.be/frRGPfQ3KIU

Youtube : Faliza 84



BBM3410-ONE SHOT THREE LAYER-2021




BBM3410-ONE SHOT THREE LAYER


Hai..! 

Baik lah, ini antara video yang sangat mencabar. Untuk menghasilkn video ini, memakan masa hampir 2 jam. 😅

Seperti biasa, anak-anak menjadi 'mangsa' mama untuk menghasilkan tajuk video ini. Di harapkan, ianya memenuhi syarat yang diperuntukkan. Aamiin. 🤲🏻

Video ini merupakan video one shot three layer. Teknik video ini pula, lebih kurang sama dengan video two layer tetapi layer yang ketiga adalah sesuatu benda yang tidak di rancang. Sebagai contoh semasa  merakam video 2 layer tu, ada orang lain lalu di belakang yang para lakon, misalnya kereta yang lalu lalang. Jadi, kereta itu adalah layer yang ketiga. 

Video ini di rakam hanya menggunakan telefon bimbit jenama Redmi Note 8 dan dirakam oleh anak sulung saya yang bernama Sarah. Tempat rakaman hanyalah di halaman rumah emak di Taiping.





Kredit

Pensyarah : Prof Dr Normaliza Abd Rahim

Pelakon kanak-kanak : Qisya dan Khayra 

Tajuk lagu : Ninja

Channel : Didi & Friends

Link youtube : https://youtu.be/n0W3nwVXIkc

Youtube : Faliza 84


Monday, June 14, 2021

BBM3410-2021-ASAS FOTOGRAFI - MUG SHOT

 BBM3410-2021-ASAS FOTOGRAFI - mug shot

Mug shot merupakan gambar atau foto yang diambil dalam jarak yang dekat dan hanya memfokuskan bahagian muka. Tujuan mug shot adalah untuk mempamerkan raut wajah dengan cara yang terperinci dan wajah itu mudah dikenali oleh orang ramai.



Gambar 
Mug shot
Taman Assamara, Taiping
Masa : 1:10pm
Model : Khayra
Oppo A12







BBM3410-2021-ASAS FOTOGRAFI - SWAFOTO

 BBM3410-2021-ASAS FOTOGRAFI - SWAFOTO

Swafoto merupakan aktiviti bergambar untuk diri atau bersama orang lain dengan menggunakan kamera telefon bimbit ataupun kamera. 

 


Gambar 1 
Swafoto
Apollo Medical Centre
Masa : 8:35pm
Model : Faliza & Fuad
Oppo A12




   Gambar 2 
Swafoto
Aeon Seksyen 18, Ipoh
Masa : 5:00pm
Model : Faliza & Sarah
Oppo A12
  


  Gambar 3 
Swafoto
Cameron Highlands
Masa : 3:0pm
Model : Faliza & Fuad
Redmi Note 8
  


  Gambar 4 
Swafoto
Padang Polo,Ipoh
Masa : 6:30pm
Model : Faliza & Sarah
Huawei P10 Lite




   Gambar 5 
Swafoto
International Conversation Centre, Barakas, Brunei
Masa : 10:00am
Model : Faliza
Huawei P10 Lite




Gambar 6 
Swafoto
Apartment Lagoon Perdana, Bandar Sunway
Masa : 2:40pm
Model : Faliza & Fuad
Huawei P10 Lite




   Gambar 7 
Swafoto
Cameron Highlands
Masa : 12:00pm
Model : Faliza, Pn Laili, Rafiq, Fuad & Khayra
Huawei P10 Lite




   Gambar 8 
Swafoto
Hotel Perdana, Taiping
Masa : 6:30pm
Model : Faliza & Wani
Huawei P10 Lite




  Gambar 9
Swafoto
Taiping
Masa : 6:30pm
Model : Faliza, Sarah, Khayra, Qisya, Nisha & Rafiq
Redmi Note 8




Gambar 10
Swafoto
KLCC
Masa : 2:40pm
Model : Faliza & Fuad
Huawei P10 Lite


BBM3410-VIDEO SERAM-2021

BBM3410-VIDEO SERAM Shhhhh..jangan pandang belakang.. Ok neh video last yang saya rakam tau. Video seram. Fuhhhhhh... Rakaman video yang bag...