Hai..!
Baik lah, ini antara video yang sangat mencabar. Untuk menghasilkn video ini, memakan masa hampir 2 jam. 😅
Seperti biasa, anak-anak menjadi 'mangsa' mama untuk menghasilkan tajuk video ini. Di harapkan, ianya memenuhi syarat yang diperuntukkan. Aamiin. 🤲🏻
Video ini merupakan video one shot three layer. Teknik video ini pula, lebih kurang sama dengan video two layer tetapi layer yang ketiga adalah sesuatu benda yang tidak di rancang. Sebagai contoh semasa merakam video 2 layer tu, ada orang lain lalu di belakang yang para lakon, misalnya kereta yang lalu lalang. Jadi, kereta itu adalah layer yang ketiga.
Video ini di rakam hanya menggunakan telefon bimbit jenama Redmi Note 8 dan dirakam oleh anak sulung saya yang bernama Sarah. Tempat rakaman hanyalah di halaman rumah emak di Taiping.
Kredit
Pensyarah : Prof Dr Normaliza Abd Rahim
Pelakon kanak-kanak : Qisya dan Khayra
Tajuk lagu : Ninja
Channel : Didi & Friends
Link youtube : https://youtu.be/n0W3nwVXIkc
Youtube : Faliza 84
No comments:
Post a Comment