BBM3410-2021-DIRI
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ dan salam sejahtera. Serba sedikit pengenalan diri tentang diri saya untuk pembaca di entri ini. Nama yang diberi oleh mak dan arwah abah ialah Siti Faliza binti Mohamad Isa. Merupakan anak kedua dalam adikberadik. Saya berasal dari Taiping, Perak. Berumur 37 tahun dan sudah berkahwin serta mempunyai empat orang anak. Merupakan seorang surirumah sepenuh masa.
Pada tahun 2018 saya telah mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran dalam Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Bahasa Melayu di Univesiti Putra Malaysia. Pemegang kad matrik bernombor J46034. Sekarang saya merupakan pelajar semester ke-7. Pejam celik, pejam celik hanya berbaki dua semester saja lagi saya akan tamat pengajian. Doakan kejayaan saya ya..! Aamiin😊
Dalam pada itu saya juga mengambil keputusan untuk berniaga secara kecil-kecilan. Jadi saya kini bukan lah surirumah sepenuh masa kerana, sekarang saya sudah bergelar separuh surirumah, separuh pelajar dan separuh peniaga.😂
Sekian, itu sahaja untuk setakat ini. Jumpa lagi nanti ya..!😉
Love,
Faliza

No comments:
Post a Comment